Friday 13 April 2012

Serba Serbi Pasal Komputer...

 

KOMPONEN SISTEM KOMPUTER 

1.Komputer ialah mesin yang boleh diprogramkan untuk menerima data (input), memproses data ke bentuk maklumat yang berguna kepada manusia (output) dan menyimpan data dalam storan sekunder untuk simpanan atau kegunaan akan datang.
2.Sistem komputer terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan(hardware), perisian(software), dan akhir sekali pengguna(user).

PERKAKASAN

Perkakasan ialah semua peralatan yang berkaitan dengan komputer. Peranti yang disambung terus ke komputer dikenali sebagai peranti periferal. Ia termasuklah peranti input, output, dan storan sekunder. Terdapat empat unit perkakasan komputer

PERKAKASAN KOMPUTER 
a) unit input
B) unit output
c)unit pemproses
d) unit storan
PERISIAN

Perisian ialah set arahan yang mengarahkan komputer apa yang perlu dilaksanakannya. Ia juga dikenali sebagai program iaitu set arahan yang mengarahkan komputer langkah demi langkah melaksanakan tugas dan menghasilkan keputusan. Terdapat dua kategori perisian.

KATEGORI PERISIAN
Contoh:
a) Perisian Sistem (System Software) Dos, Unix, OS
B) Perisian Aplikasi (Application) Ms-Word, Ms-Excel

PERISIAN SISTEM

Perisian Sistem ialah perisian yang direka bentuk untuk melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan pengawalan terus dan penggunaan perkakasan komputer. Contohnya ialah seperti diatas iaitu DOS, UNIX, Operating System dan sebagainya.

PERISIAN APLIKASI

Perisian Aplikasi ialah perisian yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau tugas pengguna. Contoh kita boleh nyatakan banyak seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint, Microsoft Access, Notepad, Frontpage Express, Neoplanet, Adobe Photoshop, Macromedia Dreamweaver, dan banyak lagi. Terdapat lima kategori perisian aplikasi.

KATEGORI PERISIAN APLIKASI
Contoh:
a) Pemproses Perkataan (Word Processing) Microsoft Word
B) Lembaran Elektronik (Electronic Spreadsheet) Microsoft Excel
c) Pengurusan Pangkalan Data (Database Management) Microsoft Access
d) Grafik (Graphics) Microsoft Power Point, Adobe Photoshop
e) Komunikasi (Communication) Netscape, Neoplanet, Internet Explorer

PENGGUNA

Pekerja yang diperlukan untuk melaksanakan sistem komputer:

Operator Kemasukan Data - menyelesaikan data untuk pemprosesan.
Operator Komputer - mengawasi komputer, mengkaji prosedur dan memastikan peralatan periferal sentiasa berfungsi.
Pustakawan - menkatelog dan menyimpan cakera serta pita.
Pengatur Cara Komputer - mereka bentuk, menulis, menguji, dan melaksanakan program komputer.
Juruanalisa Sistem - berpengetahuan dalam pengaturcaraan, mereka, merancang dan mereka bentuk sistem komputer .
Pengurus - pengurus perlu memahami matlamat dan operasi organisasi serta teknologi komputer .
Pengurus Rangkaian - melaksanakan dan meyelenggara rangkaian.

Komputer Diuji Dari Segi :
1.Kelajuan
2.Kebolehpercayaan
3.Ingatan storan



Kategori Komputer

a) komputer dapat dibahagikan kepada empat iaitu :

KATEGORI KOMPUTER
1.Komputer Mikro - dikenali sebagai komputer peribadi. Contohnya ialah Notebook, Desktop, Laptop
2.Komputer Mini - ia lebih berkuasa dari komputer mikro dan dapat menyokong ramai pengguna pada satu masa untuk kerja yang berbeza.
3.Kerangka Utama - ia merupakan sistem yang besar dan dapat mengawal ratusan pengguna pada satu-satu masa.
4.Komputer Super - ia merupakan komputer yang paling berkuasa dan melibatkan transaksi jarak jauh dan pangkalan data terpusat(integrated database). 

No comments:

Post a Comment